LAMAN UTAMA    |   PRODUK    |   SOKONG    |   SYARIKAT    |   HUBUNGI KAMI      
 
Century Financials Century Software
 
Akaun Belum Bayar
Akaun Belum Terima
Aset Tetap
Buku Tunai
Buku Vot
Kad Petrol
Kawalan Kerja
Kawalan Stok
Kemasukan Tempahan
Lejar Am
Matawang Asing
Pelaburan
Pembelian
Pemprosesan Bank
Pengebilan
Pengekosan Projek
Penyelenggaraan Kilang
Perakaunan Cawangan
Perjanjian Perkhidmatan
Pinjaman Kakitangan
Sewabeli & Pajakan
Tuntutan & Pedahuluan
Turutan Kerja
Utiliti

Perisian Perakaunan Syarikat

Century Software senantiasa memberi anda sistem perniagaan yang berkualiti. Kini, kami sediakan Century Financials versi 6.4, yang mampu memberi penyelesaian yang jitu dan boleh digunakan di dalam persekitaran Intranet mahupun melalui Internet.

Century Financials telah dibangunkan menggunakan teknologi yang serupa dengan pergerakan Internet agar ia mampu bercambah dan membesar dan boleh dicapai oleh pengguna dari luar kawasan.

Risalah Produk (PDF) | Terkini

Anda hanya memerlukan Century Financials untuk berkembang. Bermula dari lima pengguna kepada ratusan, sangatlah mudah. Pengendalian perniagaan yang dilakukan dengan baik mampu memudahkan urusan penambahan cawangan dan pusat kos tanpa halangan.

Century Financials juga memberikan kebebasan pangkalan data agar anda boleh menjalankan aplikasi berdasarkan pengkalan data yang bersesuaian dengan keperluan dan saiz perniagaan.

Anda boleh memilih untuk menggunakan perisian pengurusan data Oracle Corporation atau IBM's Informix. Manakala pilihan sistem pengoperasian pula ialah Linux, Unix ataupun Windows NT untuk menjalankan Century Financials.

Perniagaan hari ini adalah lebih canggih berikutan keperluan ke atas sistem teknologi maklumat mereka sendiri. Perniagaan haruslah difokuskan kepada pelanggan agar menjadi lebih berkesan. Walaubagaimanapun, secara serentak, perniagaan juga harus mengurangkan kos mereka. Oleh itu, untuk mencapai sasaran tersebut, perniagaan haruslah memfokus kepada usaha memudahkan capaian maklumat selain ciri-ciri sesuatu perisian itu.

Century Financials juga akan membantu anda bergerak ke peringkat seterusnya pada kos yang berpatutan.

Century Software juga memahami keadaan perniagaan saiz sederhana yang mempunyai isu yang serupa dengan perniagaan besar, tetapi masih memerlukan penyelesaian yang spesifik untuk mereka. Penggabungan antara penyelesaian dan pengimplementasian kepakaran Century Financials, akan memberikan kelebihan kepada peluang perniagaan anda.